Wednesday, March 9, 2011

AKTIVITI LATIHAN SUKAN - MAC 2011


Kejohanan Bola Tampar Tertutup KeTTHA
Tarikh: 26 Mac 2011
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Puspanitapuri, Pst 10, Putrajaya

Latihan FutsalTarikh:
9, 16, 23 dan 30 Mac 2011 (Rabu) - Wanita
17, 24 dan 31 Mac 2011 (Khamis) - Lelaki

Masa:
8 malam - 9 malam

Tempat:
Puspanitapuri, Pst 10, Putrajaya.

- JK Sukan, Rekreasi dan Lawatan

Wednesday, February 16, 2011

AKTIVITI LATIHAN SUKAN - FEBRUARI 2011

Latihan Futsal

Tarikh:
16 dan 23 Februari 2011 (Rabu) - Wanita
17 dan 24 Februari 2011 (khamis) - Lelaki

Masa:
8 malam - 9 malam

Tempat:
Puspanitapiri, Pst 10, Putrajaya.

- JK Sukan, Rekreasi dan Lawatan

Friday, January 28, 2011

KEJOHANAN FUTSAL 1BELIA 1MALAYSIA - 22 dan 29 JANUARI 2011


Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia telah berlangsung pada 22 Januari 2011. Pasukan KeTTHA telah menghantar 3 pasukan terdiri daripada 2 pasukan lelaki (KeTTHA A dan KeTTHA B) dan 1 pasukan wanita (KeTTHA C). Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini disertai oleh hampir 444 pasukan dari seluruh negara.

Jika diukur daripada rekod dan prestasi sebelum ini, pasukan KeTTHA turun sebagai pasukan underdog. Pencapaian pasukan lelaki KeTTHA masih belum boleh dibanggakan lagi. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Walaupun, pasukan KeTTHA mempunyai beberapa pemain yang berbakat dan mampu membawa pasukan ke peringkat yang lebih baik. Namun kelemahan dilihat dari aspek strategi dan kesefahaman dalam pasukan. Mungkin juga faktor ketiadaan jurulatih!


Namun sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan wanita (KeTTHA C) kerana berjaya ke peringkat suku akhir. Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 29 Januari 2011 jam 9 pagi. Harap dapat beraksi dengan lebih cemerlang!

- JK Sukan, Rekreasi dan Lawatan

Thursday, January 27, 2011

CABARAN PENDAKIAN BUKIT BROGA – 15 JANUARI 2011


Idea Cabaran Pendakian Bukit Broga KeTTHA bermula setelah adanya pakatan daripada beberapa Staff KeTTHA untuk menganjurkan pendakian Bukit Broga yang telah ditetapkan tarikhnya pada 15 Januari 2011(melalui facebook). Melihat sambutan yang agak menggalakan daripada staff KeTTHA, maka saya mengesyorkan program ini dianjurkan secara rasmi sebagai program Kelab Sukan dan Kebajikan KeTTHA.

Hebahan secara rasmi melalui email Kementerian telah dibuat pada 12 Januari 2011. Seperti dijangka sambutan amat menggalakan walaupun tempoh makluman dibuat agak terlewat.

Cabaran Pendakian Broga yang sebenar bukan atas faktor  fizikal semata-mata. Cabaran pertama adalah masa berkumpul yang telah dipersetujui pada jam 4.45 pagi. Tentunya menjadi halangan besar untuk bangun dan bersiap pada awal pagi. Peserta diminta berkumpul di persint 15, Putrajaya. Konvoi dari Putrajaya ke Bukit Broga, Semenyeh bermula pada jam 5.30 pagi . Jam 6 pagi, peserta singgah di stesen Pertonas Semenyeh untuk solat Subuh.

Pendakian sebenar bermula pada jam 7 pagi setelah semua peserta berkumpul di kawasan parkir kereta. Sebelum itu peserta sempat membuat aktiviti rengangan dan memanasan badan.

Semua peserta berjaya menawan puncak Broga pada jam 7.40 pagi. Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di puncak Bukit Broga memandangkan jumlah pengunjung (rombongan) lain amat ramai (anggaran lebih 300 orang). Keadaan di puncak Broga amat sesak dan membataskan ruang pergerakan. Walaubagaimanapun, peserta sempat berehat, makan dan bergambar.

Pada Jam 10.00 pagi peserta selamat turun dari Bukit Broga dengan selamat. Saya bagi pihak Kelab Sukan dan Kebajikan KeTTHA merakamkan perhargaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat. Terima kasih kepada urusetia En. Rosman Mansor, En. Rosman Suratman, En. Hamzah, Cik Has Azie dan kawan-kawan.

- JK Sukan , Rekreasi dan Lawatan