Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia telah berlangsung pada 22 Januari 2011. Pasukan KeTTHA telah menghantar 3 pasukan terdiri daripada 2 pasukan lelaki (KeTTHA A dan KeTTHA B) dan 1 pasukan wanita (KeTTHA C). Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini disertai oleh hampir 444 pasukan dari seluruh negara.
Jika diukur daripada rekod dan prestasi sebelum ini, pasukan KeTTHA turun sebagai pasukan underdog. Pencapaian pasukan lelaki KeTTHA masih belum boleh dibanggakan lagi. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Walaupun, pasukan KeTTHA mempunyai beberapa pemain yang berbakat dan mampu membawa pasukan ke peringkat yang lebih baik. Namun kelemahan dilihat dari aspek strategi dan kesefahaman dalam pasukan. Mungkin juga faktor ketiadaan jurulatih!
Namun sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan wanita (KeTTHA C) kerana berjaya ke peringkat suku akhir. Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 29 Januari 2011 jam 9 pagi. Harap dapat beraksi dengan lebih cemerlang!

- JK Sukan, Rekreasi dan Lawatan